

Perhimpunan bersama 5 Ketua-Ketua Negeri. Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. MB Kelantan uzur di wad. KM P. Pinang dan MB Selangor hanya menghantar wakil sahaja. Lain kali mesti mau buat lagi. Tapi janganlah kecewakan kami lagi. Harap semua ketua negeri MB dan KM dapat datang. Berhimpun begini memang naikkan semangat. Dah lama tak masuk stadium, bila masuk, rasa macam orang tengok bola pun ada! Semangat berkobar-kobar. MB Perak dengan pelbagai bahasanya amat menarik! Sekali sekala diselang dengan loghat tempoyak. Cakor, metho, ayo dll. Selain amanat dan pesanan ianya telah memberi gambaran ketelusan dan kesatuan dalam Pakatan Rakyat. Selain itu, 16 Billion berjaya dibawa masuk dalam bentuk pelaburan di Perak melalui pelabur asing.
----------------------------------------------------
Galeri ada di sini. Silakanlah, www.utusan.net/image
----------------------------------------------------
Sorakan lebih 50,000 gegar Stadium Perak
Johari Jaafar
Tue | Apr 15, 08 | 1:12:03 pm MYT
IPOH, 15 April (Hkh) - Suara daripada lebih 50,000 orang bergema buat pertama kalinya di Stadium Perak beserta laungan takbir, sorakan reformasi serta makkal sakthi mengatasi jeritan dan pekikan "Kejo Yop Kejo" di stadium yang sama setiap kali perlawanan liga.
Pada malam 14 April 2008 buat pertama kalinya stadium ini digegarkan oleh 50,000 rakyat negeri Perak untuk mendengar amanah daripada pemimpin-pemimpin mereka.
Pengerusi majlis pada malam itu, Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak telah menaikkan semangat para hadirin dengan ucapan penuh bersemangat
Lima pemidato telah berjaya 'memukau' lebih 50,000 yang hadir pada malam itu. Pemidato tersebut antaranya, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mewakili Besar Kelantan; Menteri Besar Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali yang mewakili Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Hor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping yang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, .
Inilah buat pertama kalinya kelima-lima tokoh tersebut berganding bahu menyampaikan pidato di atas pentas di Stadium Perak.
Kelima-lima tokoh berkenaan senada menegaskan kemenangan yang dicapai pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu adalah kemenangan rakyat dan ia mesti dikekalkan sebelum Pakatan Rakyat berjaya menumpaskan Umno/BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti. - mns