Quran 2:128

128
128. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Calon bertanding wajib ada blog sendiri

Untitled-1 copy.gif

Calon bertanding wajib ada blog sendiri - KUALA LUMPUR 10 April - Semua calon yang bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Exco Pusat pada pemilihan parti Disember ini, diwajibkan membina laman web dan blog masing-masing. [Utusan Malaysia]

Yang menariknya ialah ramai pemilik blog adalah dari Pakatan Rakyat. Mereka hadir dan wujud tanpa sokongan material. Segalanya atas dasar RELA dan usaha titik peluh peribadi. Jauh berbeza dengan apa yang dinyanyikan oleh UMNO. Seolah ianya satu paksaan. Selalunya benda kerana terpaksa ini kurang berjaya. Tiada keiklasan dan kesungguhan. Kebutaan terhadap aplikasi internet, blog, website (ICT?) nampaknya akan berakhir di kalangan orang UMNO. Seperti biasa dan lumrah, adalah dipercayai UMNO akan mengambil pendekatan negatif dalam bersaing dengan bloggers yang tidak pro-mereka. Jadi, elok diambil perhatian supaya blogger pro pembangkang bersiap sedia berperang pula dengan blogger UMNO.

Rasanya tekanan akan diberikan kepada pro-pembangkang! Sudahlah selama ini tekanan dari media utama semakin hari semakin ganas, ditambah pula tekanan blog baru UMNO. Pun demikian rasanya, blogger sekalian jangan terlalu risau kerana anda mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan telah ada pelanggan (pengunjung) tetap. Disamping memperkuatkan daya saing, jangan pula blogger pro-rakyat jadi seperti kisah perlumbaan Sang Kura-kura atau Sang Siput dengan Sang Arnab! Jangan tidur! Jangan Tidur! Jangan Sombong! Jangan Berhenti.

Comments

Hei apa? Ini seperti kopi

Hei apa?
Ini seperti kopi pagi saya, maksudku blog web anda, saya telah tahu suatu topik begitu banyak tetapi berkat kau aku belajar banyak. Umbeliveble bagaimana saya percaya sesuatu dan kemudian aku mendapati bahawa kenyataan benar-benar berbeza. Artikel anda yang besar untuk sekurang-kurangnya. Saya cinta, cinta, cinta blog anda! Saya suka cara anda menulis rencana anda dengan cara ini, anda sudah melakukan pekerjaan yang baik dengan laman web anda!
Ciao!

______________
the best dissertation writing service online

Download
BukuEbooks Percuma