Sedekah Hari Jumaat - Peringatan Untuk Diri Saya | Selepas solat Jumaat bersama dengan penduduk kampung, Imam pada hari itu bangun dan membuat beberapa pengumuman. Antaranya yang menarik ialah hal ehwal tabung masjid yang kontang. Kekurangan tabungan begitu ketara dan mungkin akan mengganggu pendtadbiran dan perjalanan aktiviti masjid.
Beliau menyeru agar kariah lebihkan sumbangan kepada tabung masjid seminggu sekali itu. Antara lain beliau juga menyebut, tanpa maksud atau niat menghina, masih ada yang memberi 20 sen, 50sen walhal secara umum penduduk kampung mampu memberikan lebih dari itu. Tambahan pula harga getah sekarang lebih dari RM3 berbanding sekitar RM1.50 sebelumnya.