

PM tak perlu tunduk desakan - BEAUFORT 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu tunduk kepada desakan supaya beliau meletak jawatan kerana Barisan Nasional (BN) masih mendapat mandat majoriti rakyat untuk memerintah negara. [Utusan Malaysia] - Memang benar BN mendapat majoriti dalam PRU12.
Bumbung sekolah runtuh: Kementerian Pelajaran didakwa tidak prihatin - KUALA TERENGGANU, 14 April (Hrkh) - Kementerian Pelajaran Malaysia cukup tidak prihatin dengan masalah keselamatan bangunan sekolah apabila bumbung Sekolah Menangah Wakaf Tapai tiba-tiba runtuh pada malam Jumaat lepas. [Harakah Daily]
PRU12 memberikan satu impak besar terhadap suasana politik Malaysia dan satu kejutan menggegarkan UMNO. Ianya juga memberikan senyuman manis kepada ahli dan pemimpin parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR.
Tiada yang mustahil! Kejatuhan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor mengejutkan dan Kelantan kekal bersama PAS dan Kuala Lumpur menjadi kubu baru bagi Pakatan Rakyat. Berbagai tragedi dan kejadian yang tidak disangka berlaku bertali arus dari hari keputusan PRU12 hinggalah ke hari ini. Pelbagai isu dan bermacam berita panas berlegar di ruang politik dan sosial Malaysia. Kisah MB yang tidak jadi, kisah penarikan diri, isu beli dan lompat parti menghiasi dada akhbar dan media baru.
Yang masih belum reda isu Perdana Menteri yang diminta turun dari kerusi empuknya. Timbalannya, saudara Najib pasti sedang bersedia untuk naik kerana setakat ini tiada tokoh yang berpotensi atau mempunyai peluang menggantikan saudara Abdullah Badawi perdana menteri kita.

Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi - SHAH ALAM, 12 April (Hrkh) - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat. [Harakah Daily]
Bagi penduduk yang telah 20 tahun menghidu hanyir babi saya ucapkan tahniah kerana tak lama lagi masalah babi akan selesai. Harapan kita tiada lagi pencemaran air, bau, bunyi atau apa saja yang tidak menyenangkan. Di internet banyak pihak mengambil kesempatan "memburukkan" kerajaan baru Selangor dan Parti Pas, sehingga ada yang melukis gambar orang berserban dan berjubah menunggang babi.
Ada yang berdemo aman menyatakan bantahan. Sekonyong konyong babi menjadi masalah bagi mereka! Di TV pula menggambarkan mereka begitu marah. Apakah selama 20 tahun dengan 130 kandang dan beratus ribu babi di Selangor tetiba ianya menjadi "masalah baru". Berbunyi nada perkauman dan berbagai suara negatif menghentam kerajaan baru Selangor.

PM: Saya juga punca BN merosot - kemaskini 7:45pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac. [MalaysiaKini]

'Tindakan kejam' pada tahanan ISA - Kem tahanan Kamunting didakwa tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis. [MalaysiaKini]
Agak bila akan tamat penjara tanpa bicara hukum tanpa bukti bersalah ini. Yang jadi mangsa pasti keluarga yang tinggal diluar. Soalnya mengapa tidak dibawa ke mahkamah? Mengapa tidak ada pertuduhan dan pembelaan. Tak masuk akal aku yang biasa ini. Kalau mereka mengancam keselamatan negara, mengapa perlu gunakan ISA. Undang undang yang ada bukankah sudah cukup.. Mengapa perlu TANPA BICARA? Bila dah banyak sangat kes begini, kita pula tertanya, untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara atau menjaga kepentingan sesetengah pihak?
Laman Utusan.net - Utusan dari Malaysia kini kembali dan mengalu-alukan bahan berita, cerita, maklumat, pautan, komentar dan ulasan anda. Sila mendaftar dan masukkan bahan anda. Gunakan laman ini dengan bijak tanpa penggunaan perkataan yang kurang sedap didengar, elakkan isu perkauman dan sebagainya. Bersopan di laman untuk kebaikan bersama. Hakcipta TIDAK Terpelihara kecuali sebaliknya dinyatakan.
Terima Kasih
Utusan.net | Utusan Dari Malaysia