Quran 33:13

13
13. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mreka berkata: "Hai penduduk Yatsrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu". Dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata : "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)". Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanya hendak lari.

Blog & Bloggers

Calon bertanding wajib ada blog sendiri

Untitled-1 copy.gif

Calon bertanding wajib ada blog sendiri - KUALA LUMPUR 10 April - Semua calon yang bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Exco Pusat pada pemilihan parti Disember ini, diwajibkan membina laman web dan blog masing-masing. [Utusan Malaysia]

Yang menariknya ialah ramai pemilik blog adalah dari Pakatan Rakyat. Mereka hadir dan wujud tanpa sokongan material. Segalanya atas dasar RELA dan usaha titik peluh peribadi. Jauh berbeza dengan apa yang dinyanyikan oleh UMNO. Seolah ianya satu paksaan. Selalunya benda kerana terpaksa ini kurang berjaya. Tiada keiklasan dan kesungguhan. Kebutaan terhadap aplikasi internet, blog, website (ICT?) nampaknya akan berakhir di kalangan orang UMNO. Seperti biasa dan lumrah, adalah dipercayai UMNO akan mengambil pendekatan negatif dalam bersaing dengan bloggers yang tidak pro-mereka. Jadi, elok diambil perhatian supaya blogger pro pembangkang bersiap sedia berperang pula dengan blogger UMNO.

Rasanya tekanan akan diberikan kepada pro-pembangkang! Sudahlah selama ini tekanan dari media utama semakin hari semakin ganas, ditambah pula tekanan blog baru UMNO. Pun demikian rasanya, blogger sekalian jangan terlalu risau kerana anda mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan telah ada pelanggan (pengunjung) tetap. Disamping memperkuatkan daya saing, jangan pula blogger pro-rakyat jadi seperti kisah perlumbaan Sang Kura-kura atau Sang Siput dengan Sang Arnab! Jangan tidur! Jangan Tidur! Jangan Sombong! Jangan Berhenti.

Sayang... PAS dan PKR tidak menang di Melaka - Betty Chew

Sayang... PAS dan PKR tidak menang di Melaka - Betty Chew - MELAKA, 11 April (Hrkh) - Betty Chew bukan nama kecil dalam arena politik Melaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana itu memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, penggal lalu. [Harakah Daily]

Bila sebut Politik Melaka aku teringat kisah budak perempuan yang terperkosa dan skandal yang ke mahkamah, ISA, pusat pemulihan dan akhirnya sepi berlalu. Awak ingat?

PENOLAK TUNTUTAN LAMAN WEB

PENOLAK TUNTUTAN LAMAN WEB | - TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah terpakai dalam penggunaan laman web ini. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. Sekiranya anda tidak menerima terma-terma dan syarat-syarat ini, anda mestilah berhenti daripada menggunakan laman web ini.

Istilah

Empat Adun BN Kedah sertai PAS?

Muda Mohd Noor | Apr 10, 08 12:18pm | kemaskini 7:55pm | Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kedah didakwa telah mengadakan rundingan untuk menyertai PAS baru-baru ini.

Pertemuan mereka dengan seorang anggota exco negeri itu "menampakkan tanda-tanda positif". Keempat-empatnya berjumpa dengan Amiruddin Hamzah selama 80 minit di satu tempat yang dirahsiakan, lapor satu blog politik 'Dari Yan' (ceritayan.blogspot.com).

Sementara itu, ahli jawatankuasa Umno bahagian Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, laporan bahawa ada Adun BN akan menyertai PAS tidak berasas sama sekali. Katanya kepada Malaysiakini, laporan sedemikian rupa adalah permainan PAS untuk menimbulkan suasana tidak tenang di kalangan penyokong BN khususnya Umno.

"Tiada kedengaran langsung Adun BN mahu menyertai PAS dan kerana itu saya anggap ia laporan yang tidak boleh dipercayai," katanya.

Ketua penerangan PAS dan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu mengenai laporan tersebut.

"Saya tidak tahu laporan tersebut betul atau tidak," katanya lagi.
"Kalau (mereka) jumpa PAS, saya tahu. Kalau jumpa Amiruddin, saya tidak tahu."

-----------------------------
Dipetik Dari Malaysiakini.com
-----------------------------
Kita Tunggu Siapa Yang Bohong!
Siapa yang benar, siapa yang LOMPAT!

Download
BukuEbooks Percuma