suarakyat's blog

PM tak perlu tunduk desakan

PM tak perlu tunduk desakan - BEAUFORT 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu tunduk kepada desakan supaya beliau meletak jawatan kerana Barisan Nasional (BN) masih mendapat mandat majoriti rakyat untuk memerintah negara. [Utusan Malaysia] - Memang benar BN mendapat majoriti dalam PRU12.

Babi is a good business

statistik-taburan-babi-2007.gif
statistik-taburan-babi-2007.gif

Isu babi Selangor - syarikat bumiputera, bekas Adun Umno terlibat - KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA. [Harakah Daily]

Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi

BABI Selangor bakal dibela seperti ayam air-cond? Tiada lagi pencemaran?
BABI Selangor bakal dibela seperti ayam air-cond? Tiada lagi pencemaran?

Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi - SHAH ALAM, 12 April (Hrkh) - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat. [Harakah Daily]

Bagi penduduk yang telah 20 tahun menghidu hanyir babi saya ucapkan tahniah kerana tak lama lagi masalah babi akan selesai. Harapan kita tiada lagi pencemaran air, bau, bunyi atau apa saja yang tidak menyenangkan. Di internet banyak pihak mengambil kesempatan "memburukkan" kerajaan baru Selangor dan Parti Pas, sehingga ada yang melukis gambar orang berserban dan berjubah menunggang babi.

Ada yang berdemo aman menyatakan bantahan. Sekonyong konyong babi menjadi masalah bagi mereka! Di TV pula menggambarkan mereka begitu marah. Apakah selama 20 tahun dengan 130 kandang dan beratus ribu babi di Selangor tetiba ianya menjadi "masalah baru". Berbunyi nada perkauman dan berbagai suara negatif menghentam kerajaan baru Selangor.

Ujian Bagi Si Pintar & Sufiah

Mempunyai IQ atau tahap keintelektualan yang tinggi merupakan satu kebanggaan buat pemiliknya. Mereka juga kerap dipandang tinggi oleh rakan dan masyarakat.

Namun perlu diingat menjadi ‘bijak' adalah satu ujian Allah swt yang besar, malah ramai yang jatuh tertewas dengannya dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Demikian juga halnya bagi orang yang berilmu, ujiannya juga hampir sama.

Untuk artikel penuh sila ke: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=696

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Memperkenalkan Laman ZAHARUDDIN.NET

Hosting MalaysiaAssalamualaikum warahmatullah wabarakatuh | Salam persaudaraan dan ukhuwwah buat seluruh pengunjung zaharuddin.net, ia adalah sebuah laman web peribadi yang baru dibangunkan bagi membolehkan saya turut serta menyemarakkan lagi sumbangan ilmu dan idea demi kelangsungan kebangkitan Islam di muka bumi ini umumnya dan di Malaysia khasnya.

Sebagai sebuah laman web yang baru, ianya sudah tentu tidak lepas dari kelemahan pengisian, semoga usaha kerdil ini dapat menyumbang amal jariah disamping menjadi medium dakwah dalam bentuk moden seiringan dengan zaman.

Web ini mengandungi beberapa bahagian seperti berikut :-

Agama Benteng Pertahanan Diri

Satu daripada sepuluh rakyat Malaysia mengalami salah satu bentuk masalah kesihatan mental. Fakta ini telah diberikan oleh Presiden Minda Malaysia, Dr Abdul Kadir Abu Bakar. Ini bermakna tidak mustahil bagi sesiapa pun untuk dihinggapi penyakit mental. Perubahan budaya yang begitu pantas sejak kebelakangan ini mencetuskan satu keadaan yang mana permasalahan gangguan mental terutama yang berkaitan dengan tekanan menjadi masalah kesihatan umum yang perlu diberikan perhatian.

Bagi umat Islam, kekuatan dalaman menjadi benteng pertahanan diri agar tidak terperangkap dalam kemelut perasaan sendiri. Setiap manusia dikurniakan Allah hati. Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

18 Million Dollar Ka`bah Key

18 Million Dollar Ka`bah Key - A 800-year-old iron key to the holy Ka`bah, Islam's most sacred shrine, was sold at 18.1 million dollars at a London auction, setting a new record for an Islamic work of art sale.A 800-year-old iron key to the holy Ka`bah, Islam's most sacred shrine, was sold at 18.1 million dollars at a London auction, setting a new record for an Islamic work of art sale. [Islam Online]

Aduhai! Mahalnya kunci besi ni. RM54 JUTA RINGGIT! Ish! Den rasa tak munasabah betul kalau individu yang beli. Iss kan elok buat benda lain dengan duit tu. Takut dengar RM54juta ni. Walaupun banyak duit, takkah membazir tu??? Pening kalau fikirkan. Mungkin kalau dah banyak duit, jadi macam tu!

PM: Saya juga punca BN merosot

Abdullah Badawi
Abdullah Badawi

PM: Saya juga punca BN merosot - kemaskini 7:45pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac. [MalaysiaKini]

'Tindakan kejam' pada tahanan ISA

Terpenjara Tanpa Bicara
Terpenjara Tanpa Bicara

'Tindakan kejam' pada tahanan ISA - Kem tahanan Kamunting didakwa tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis. [MalaysiaKini]

Agak bila akan tamat penjara tanpa bicara hukum tanpa bukti bersalah ini. Yang jadi mangsa pasti keluarga yang tinggal diluar. Soalnya mengapa tidak dibawa ke mahkamah? Mengapa tidak ada pertuduhan dan pembelaan. Tak masuk akal aku yang biasa ini. Kalau mereka mengancam keselamatan negara, mengapa perlu gunakan ISA. Undang undang yang ada bukankah sudah cukup.. Mengapa perlu TANPA BICARA? Bila dah banyak sangat kes begini, kita pula tertanya, untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara atau menjaga kepentingan sesetengah pihak?

Sayang... PAS dan PKR tidak menang di Melaka - Betty Chew

Sayang... PAS dan PKR tidak menang di Melaka - Betty Chew - MELAKA, 11 April (Hrkh) - Betty Chew bukan nama kecil dalam arena politik Melaka. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana itu memikul tanggung jawab sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, penggal lalu. [Harakah Daily]

Bila sebut Politik Melaka aku teringat kisah budak perempuan yang terperkosa dan skandal yang ke mahkamah, ISA, pusat pemulihan dan akhirnya sepi berlalu. Awak ingat?

Syndicate content (C01 _th3me_)