TranungKite Online
Updated: 26 min 53 sec ago
26 min 53 sec ago
Sekali lagi rakyat Permatang Pauh berdepan dengan peperangan, Pertarungan diantara anak kelahiran permatang pauh dengan penguasa yang memukul dan menghumbannya kepenjara.
26 min 53 sec ago
Begitu hebatnya nama Anwar Ibrahim, sehingga memaksa seramai 6,000 Polis dikerah ke Permatang Pauh bermula esok, 22 hb Ogos 2008.
Tidak diketahui, operasi dan kerahan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub [ semasa menjadi Ketua polis Terengganu, ada yang menuduh beliau mengetuai satu operasi sulit menembak menggunakan peluru hidup terhadap dua [2] orang awam di TamanAwam batu Burok, Kuala Terengganu, iaitu Suwandi dan Azman ]
26 min 53 sec ago
Ramai tidak menjangka, P 44 Permatang Pauh, setelah 16 Ogos 2008, kini menjadi semakin sengit.
Terkini kempen di P 44 Permatang Pauh, selepas 5 hari, sudah sampai ke aras baru, yakni peringkat pakar strategi BN bertentangan pakar strategi Pakatan Rakyat.
Ya, pakar strategi BN sudah mula menyertai perlangsungan kempen di sini, berhadapan pakar strategi Pakatan Rakyat yang sudah bermula sejak awal-awal lagi.
26 min 53 sec ago
Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.
26 min 53 sec ago
Assalamu alaikum,,..
selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Kelmarin, macam kebiasaannya, kita mendengar penafian ketua pengarah BPR berhubung dakwaan ramai orang bahawa BPR bersengkongkol dengan kerajaan dalam kes rasuah yang melibatkan 2 exco Perak. Katanya lagi terserah kepada rakyat untuk menilai. Sekarang sebagai salah seorang rakyat Malaysia, ana ingin menilai tindakan BPR itu.
26 min 53 sec ago
Mohd Najib Abdul Razak teguh di belakang Abdullah Ahmad Badawi, lantaran dia terselamat daripada serangan ramai apabila Barisan Nasional gagal menyerlah di PRU 12.
Sememangnya Abdullah Ahmad Badawi, sebagai teraju utama, semoleknya memikul tanggungjawab sepenuhnya.
Namun Mohd Najib Abdul Razak, orang nombor dua, juga teraju kempen PRU 12, sepatutnya turut bertanggungjawab, dan meletak jawatan bersama-sama Abdullah Ahmad Badawi, pada 9 Mac 2008.
26 min 53 sec ago
Di awal bulan Julai lalu, Ezam Mohd Noor ada menyatakan dalam
ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Bagaimana Ezam boleh mendakwa awal perkara ini? Laman blog Malaysia Waves telah melapor lebih awal bahawa terdapat satu perancangan yang amat kotor akan digunakan Ezam untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Terbukti dalam minggu ini, perancangan itu telah dilakukan lebih awal memandangkan DSAI sudah semakin hampir untuk ke Parlimen. Berikut adalah laporan seorang blogger dalam blog
Malaysia Waves...
26 min 53 sec ago
Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.
Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.
26 min 53 sec ago
Pepatah menyebut “SEPANDAI – PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIR NYA KE TANAH JUGA”, mungkin sesuai untuk menggambarkan kegagalan komplot terbaru kerajaan umno/bn, dalam memperalatkan agensi BPR.
Oleh kerana keadaan sudah sangat terdesak, P-44 PP BN memang sudah tewas sedari awal lagi, sebelum penamaan calon, sehingga ke saat ini.
26 min 54 sec ago
Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.
Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.
3 hours 37 min ago
Nama Anwar Ibrahim sudah sinonim dengan masalah besar yang di hadapi dalam hidupnya, seolah sudah menjadi identiti dirinya dengan semua cabaran ini dari dahulu lagi, semasa zaman pelajar, musibah sepuluh tahun dahulu sehinggalah sekarang. Berjuang mempertahan nasib bangsa tetap didahulukan menjadi prinsip kepimpinan beliau, kesusahan dan kemiskinan rakyat menjadi tanggungjawap atas sifat kemanusiaan demi rakyat dan negaranya.
Timbulnya masalah dan tuduhan terbaru dalam isu beliau meliwat seorang pemuda berumur 23 tahun telah meletakkan dirinya pada badi fitnah berulang kembali seperti tahun 1998, zaman kejatuhan era politiknya di bawah kuasa kerajaannya sendiri.
3 hours 37 min ago
Pengerusi DAP Negeri merangkap Exco Kanan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pagi tadi menjelaskan bahawa kes penangkapan dua Exco Perak beserta tiga lagi merupakan satu konspirasi Umno untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak menjelang 31 Ogos ini.
Dalam temuramah dengan wartawan selepas mahkamah memerintahkan tahanan reman selama dua hari terhadap YB Jamaludin sebentar tadi, Ngeh memaklumkan tentang beberapa tindakan BPR yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan kepada media semalam.
3 hours 37 min ago
Sempat mengikuti siri-siri terakhir debat malam tadi antara Lim Guan Eng dan Koh Tsu Koon yang berjalan dengan lancar. Begitu bersemangat Guan Eng dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.
Yang paling teruja bila sesi kesimpulan debat yang diminta oleh pengerusi supaya digulung oleh mereka dalam masa 4 minit dimulai dengan Lim Guan Eng.
3 hours 37 min ago
Assalamualaikum warahmatullah,
Disini aku ingin kongsi sedikit maklumat mengenai keadaan semasa di Permatang Pauh setelah masuk hari ke-6 berkempen. Mungkin penyokong-penyokong PR yang berada jauh dan tidak berkesempatan menjenguk dan menabur bakti untuk kempen kali ini ingin juga mengetahui perkembangan terbaru kami disini.
Menurut taklimat dari salah seorang pemimpin AMK malam tadi, Insya Allah, kemenangan ditangan kita, dan jika semuanya berjalan lancar, DSAI akan mengangkat sumpah sebagai MP pada 27/8 dan seterusnya kita akan menggegarkan Parlimen.
4 hours 7 min ago
ASSALAMUALAIKUM,
Kebanyakkan dari kita selalu terlupa pada satu badan BEBAS yang satu ini,kita sibuk berbicara tentang itu dan ini,tapi kita buat endah tak endah tentang peranan badan BEBAS ini. Kejayaan didalam pertarungan jika dikaji,disiasat,dibongkar sebenarnya terletak pada pengadil dan hakim,ini keputusan muktamat!! APA KITA NAK BUAT?.
Bawa dan ciptalah apa jua bukti yang kita meraih sokongan yang besar,kita mampu mengalahkan mereka,tapi kalau pengadil kata TIDAK,tidakkah kita HAMPA..
4 hours 7 min ago
Penahanan dua Exco Kerajaan Negeri Perak dilihat sebagai satu lagi percubaan UMNO Perak untuk meragut kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri tersebut. Sehingga kini masih tidak diketahui apakah peranan BPR Perak sama ada dipergunakan oleh UMNO Perak atau turut memainkan peranan penting.
Samsiah Abu Bakar yang menerajui BPR Perak sememangnya mempunyai 'track record' yang meragukan di kalangan pihak-pihak tertentu di negeri itu. Tuduhan rasuah terhadap seorang hakim Mahkamah Syariah Perak masih lagi menjadi bualan mulut masyarakat negeri ini khususnya, iaitu sejauh mana kebenaran BPR turut terlibat untuk memerangkap hakim tersebut?
4 hours 38 min ago
Oleh Zukri Aksah
Mungkin apa yang ingin saya ulas ini tidak begitu glamour memandangkan perbahasan mutakhir ini walau di ceruk mana sekalipun lebih banyak berkisar soal Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan isu liwat Anwar Ibrahim v2.0.
Saya tertarik dengan kekecohan yang ditimbulkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, berkait dengan cadangan penerimaan 10% pelajar bukan Bumiputera dan pelajar asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya sebenarnya pernah bertemu dengan Tan Sri Khalid ketika beliau masih bergelar CEO Kumpulan Guthrie Berhad bersama dengan Sharmeen Jalil, adik-beradik Dato’ Shahrizat Jalil, yang menjadi PA (Pembantu Khas) Tan Sri Khalid, sewaktu saya masih menginap di Kolej Guthrie, Universiti Utara Malaysia.
4 hours 38 min ago
Oleh: cucumatkilau
Memang sah dah, puak-puak ni bukan bantu Saiful buat "sumpah laknat" tapi mereka sendiri akan dilaknat Allah nanti. Semakin sensasi dan semakin panas cerita liwat budak Saiful "mangkuk hayun" ini. Orang sibuk-sibuk duduk kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Masa itu juga diambil kesempatan untuk buat cerita-cerita "katun" yang cukup melucukan. Kabarnya Saiful sekarang ini sedang sibuk mengatur strategi untuk menyerang Anwar di Permatang Pauh. Kesian benar melihat gelagat anak muda ini. Jika dulu kelibatnya hanya bersendirian dan ditemani oleh Peguamnya, terkadang bapa suadaranya Uncle Sam.
4 hours 38 min ago
Oleh Reformis Muda
Saya telah menulis sebelum penamaan calon, bagaimana satu perancangan jahat yang bukan sahaja berpusat di Pulau Pinang tetapi di Bukit Aman dibawah Ismail Omar iaitu perancang kejahatan di Terengganu dan Ijok 2007. saya katakan mereka telah berjaya melakukan di Terengganu dan tidak mustahil mereka lakukan di Permatang pauh. perancang jahat ini mereka tidak mampu melakukan adegan yang "real",
tetapi mengulang ulang Konspirasi yang sama, liwat tahun 1998 diulang kembali pada tahun 2008, dan adegan Batu Buruk diulang di Permatang Pauh. saya ingatkan mereka ini memang jahat, kini Ketua Polis Negara telah mendapat deposit balasan dari tuhan untuk menghantarnya ke Neraka. kejahatanya kalau dia tidak Insaf dan tidak akan dimaafkan dan tempatnya adalah Neraka.
4 hours 38 min ago
Oleh Silembiks
Perhimpunan aman BERSIH yang diadakan pada tahun lepas sudah hampir setahun berlalu. Objektif utama himpunan tersebut diadakan ialah :-
1. Penggunaan dakwat kekal
2. Pembersihan daftar pemilih
3. Pemansuhan undi Pos
4. Akses kepada media
Cuma yang menjadi persoalan apa tindakan BERSIH selepas ini, adakah selepas Pakatan Rakyat memenangi 5 negeri dalam PRU 12 sudah memberikan kepuasan hati dan adakah ini masih membuktikan yang SPR dibawah kendalian ra'SHIT' itu telus dalam melaksanakan tanggungjawab ??