Updated: 1 year 13 weeks ago
Thu, 06/04/2009 - 02:30
SHAH ALAM 2 Jun - Seramai lapan penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang keluar parti dan menyertai Pas pada Disember lalu, hari ini kembali memberi sokongan padu kepada UMNO.
Thu, 06/04/2009 - 02:30
KUALA LUMPUR 2 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari ini mengemukakan notis permohonan maaf sebagai penyelesaian kes saman fitnah RM6 juta oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadapnya.
Thu, 06/04/2009 - 02:30
PUTRAJAYA 2 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO perlu bersedia dari segi pemikiran untuk menerima kaedah baru yang akan dipakai parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 14 Julai ini.
Thu, 06/04/2009 - 02:30
PADANG BESAR 2 Jun - Kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Perlis merupakan keinginan dan impian biasa dalam diri seseorang pemimpin untuk mendapatkan kuasa.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
JEJU, Korea Selatan 1 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bukan kemenangan mutlak yang boleh dibanggakan.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
PUTRAJAYA 1 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
PUTRAJAYA 1 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sebanyak RM400,000 telah dibelanjakan untuk menjayakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
KUALA LUMPUR 1 Jun - Persidangan Dewan Pemuda Pas yang dijadual diadakan tiga hari lagi dijangka hangat dengan fokus untuk meletakkan Pas pada kedudukan sewajarnya iaitu sebagai parti pemimpin pakatan pembangkang.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
KOTA BHARU 1 Jun - Jentera penerangan UMNO dilancarkan hari ini bagi menghadapi Pilih Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang turut menguji keberkesanan perancangan mendekati rakyat setempat secara bersemuka.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
PASIR MAS 1 Jun - Pemerintahan Pas di Kelantan ditegur berikutan kegagalan mengeksploitasi kekayaan alam semula jadi di negeri itu sejak memerintah hampir 20 tahun lalu kerana terlalu sibuk berpolitik.
Wed, 06/03/2009 - 02:37
KUALA LUMPUR 1 Jun – Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas yakin keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dijangka diumumkan tidak lama lagi, akan menyebelahi beliau.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Hanya 46 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini iaitu peratusan pengundian paling rendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang mencatatkan peratusan keluar mengundi paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
KUALA LUMPUR 31 Mei - Jumlah peratusan mengundi yang kecil dicatatkan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan mesej 'protes' yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan mereka.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
BUKIT MERTAJAM 31 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini sebagai satu ‘kemenangan’ bagi dirinya kerana jumlah undi yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menjadi lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum lalu.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini gembira kerana akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 Pulau Pinang Rabu ini.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Calon Bebas, Nai Khan Ari menolak tanggapan bahawa penyertaannya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) di Penanti sebagai persiapan awal bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
BUKAN berita mengejutkan! Seperti dijangka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam. PKR layak memenangi kerusi itu kerana telah diberi laluan mudah apabila Barisan Nasional (BN) tidak meletak calon sebagai tanda tidak bersetuju dengan cara pengosongan kerusi itu dilakukan.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
MUAR 31 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa Barisan Nasional (BN) bertindak meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang supaya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.
Tue, 06/02/2009 - 02:25
MUAR 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agar kemelut kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) diselesaikan segera dengan merujuk kepada peraturan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi menentukan pemimpin yang paling layak menjadi presiden parti itu.