Utusan Malaysia

Satu 'pembohong besar' Anwar - Musa Aman

29 min 25 sec ago
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa negeri Sabah mundur dan ramai pemimpinnya akan menyertai pakatan pembangkang merupakan satu 'pembohongan besar'.
Categories: Politik

Bukan motif politik – Nazri

29 min 25 sec ago
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan sekeras- kerasnya penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak yang disyaki terlibat rasuah mempunyai motif politik dan dirancang oleh UMNO.
Categories: Politik

Lembaga Disiplin UMNO terima 226 aduan

29 min 25 sec ago
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Lembaga Disiplin UMNO telah menerima 226 aduan pelanggaran tataetika berkaitan perjalanan mesyuarat cawangan bermula 17 Julai lalu sehingga semalam.
Categories: Politik

Anarkisme golongan kiri baru

29 min 25 sec ago
KEINGINAN untuk melihat bagaimana sejarah menilai politik dan ahli politik memerlukan kesabaran. Interpretasi ahli sejarah dan saintis sosial terhadap sesuatu insiden dan pergolakan politik yang terjadi dalam tempoh tertentu, khususnya cerita sebenar di sebalik intrik-intrik yang berlaku, selalunya perlu ditunggu selama bertahun- tahun.
Categories: Politik

Doa isteri untuk 'Pek Moh'

29 min 25 sec ago
SUASANA di kediaman calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah di Jalan Siakap, Seberang Jaya awal pagi semalam agak sibuk. Petugas jentera BN dilihat keluar masuk.
Categories: Politik

Puteri tidak gentar ugutan pembangkang

29 min 25 sec ago
SHAH ALAM 21 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan parti pembangkang supaya tidak sesekali cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan tindakan-tindakan ganas semasa berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Categories: Politik

Dilema ketuanan, lidah bercabang

29 min 25 sec ago
SEORANG pejalan kaki di Seberang Jaya, Seberang Perai yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Haleeda, 20, tergamam apabila menerima satu risalah bersaiz A4 tertera senarai 'anggota Kabinet Malaysia 2008'.
Categories: Politik

Puteri dinasihat kempen secara berkumpulan

29 min 25 sec ago
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Ahli Puteri UMNO dinasihatkan supaya keluar secara berkumpulan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bagi menjamin keselamatan mereka.
Categories: Politik

Polis, tentera jadi pengundi biasa

29 min 25 sec ago
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan semua anggota polis dan tentera sebagai pengundi biasa.
Categories: Politik

Senarai 'Menteri Kabinet' satu propaganda

29 min 25 sec ago
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pakatan pembangkang mendakwa senarai Jemaah Menteri Malaysia 2008 yang menggambarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai Timbalannya, adalah propaganda pihak tertentu.
Categories: Politik

Dakwaan bertujuan rosakkan imej ahli Parlimen Sabah

29 min 25 sec ago
KOTA KINABALU 21 Ogos - Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diminta menghentikan fitnah bahawa 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Categories: Politik

Mustahil hapus dalam setahun

29 min 25 sec ago
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos – Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun di negeri ini sekali lagi dilihat sebagai tindakan populis yang bertujuan menarik sokongan rakyat.
Categories: Politik

'Anwar pernah hentak meja'

4 hours 40 min ago
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Categories: Politik

Pemuda UMNO desak 2 Exco digantung

4 hours 40 min ago
IPOH 20 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO meminta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menggantung tugas dua anggota Exco kerajaan negeri yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.
Categories: Politik

'Anwar gadai maruah negara'

4 hours 40 min ago
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kecewa dengan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih simpati negara luar sehingga ada yang memandang negatif terhadap Malaysia.
Categories: Politik

Arif yakin dapat sokongan bukan Melayu

4 hours 40 min ago
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah merasakan sokongan yang diterima daripada pengundi Cina dan India di kawasan itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Categories: Politik

'Orang Semenanjung, kami tidak sejahat itu'

4 hours 40 min ago
PERGILAH dan dengarlah ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di merata Permatang Pauh.
Categories: Politik

Pemimpin BN Sabah nafi sertai pembangkang

4 hours 40 min ago
KOTA KINABALU 20 Ogos - Tiga ahli Parlimen Sabah menafikan 13 ahli Parlimen dari negeri itu akan melompat parti sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Categories: Politik

Pemuda UMNO cabar Jeffrey

4 hours 40 min ago
BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mendedahkan nama 13 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwanya akan menyertai pakatan pembangkang.
Categories: Politik

Politik silap mata Anwar

4 hours 40 min ago
KEHADIRAN bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd. Nor ke Permatang Pauh ketika ini amat tidak disenangi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Categories: Politik