Alternative news portal about Malaysia Malaysian issues Malaysian politics.
Updated: 1 year 13 weeks ago
Thu, 06/04/2009 - 19:42
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Pusat berkata mereka memerlukan dana yang besar untuk melaksanakan programnya di seluruh negara.
Thu, 06/04/2009 - 19:31
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Tempoh setahun yang dilalui
sudah cukup memberikan kefahaman kepada PAS untuk terus bergerak
dengan lebih perkasa, keyakinan yang lebih tinggi, kebijaksanaan
yang lebih matang untuk meneruskan amanah yang diberikan, sesuai
dengan janji dan manifesto pilihan raya yang dilafazkan semasa
berkempen secara jamaie atas tiket PAS dan Pakatan Rakyat.
Thu, 06/04/2009 - 18:39
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Muktamar Dewan Ulama PAS yang
berlangsung hari ini di Auditorium Muzium Sultan Solahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam bermula tepat jam 9.15 pagi dengan bacaan
ayat-ayat suci al-Quran yang dikumandangkan oleh Imam Besar
Masjid Negeri Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Muhammad Sidiq.
Thu, 06/04/2009 - 18:25
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Dewan Dato' Haji Fadzil Noor,
Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar gamat seketika apabila
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda, Ustaz Hassan Sukri
tersilap menyebut nama Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat
yang bertanding sebaliknya nama yang disebutkan ialah nama yang
bertanding bagi Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama.
Thu, 06/04/2009 - 18:15
KUALA LUMPUR, 4 jun (Hrkh) - Sesi pengundian bagi memilih Ahli jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Pusat untuk sesi 2009/2010 bermula jam 10.40 pagi tadi.
Thu, 06/04/2009 - 17:54
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Berasaskan sifat semulajadi wanita yang begitu dekat dengan masyarakat, tanggungjawab muslimat bagi memperkasakan aktiviti khidmat masyarakat terletak di bahu wanita.
Thu, 06/04/2009 - 17:31
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Logo tiga helai daun
berwarna hijau, biru dan merah membawa seribu erti kepada
perjuangan Dewan Muslimat PAS terutama dalam era kemenangan
Pakatan Rakyat di lima buah negeri.
Thu, 06/04/2009 - 17:23
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS akan terus memberikan komitmen kepada usaha pembentukan
kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan Akademi Naqibah, demikian menurut Ketua Dewan Muslimat PAS
Pusat (DMPP), Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan DMPP Kali Ke-49 di Dewan Bankuet,
Wisma MBSA, di sini sebentar tadi.
Thu, 06/04/2009 - 16:59
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Dewan Muslimat
mengulangi ketegasan bahawa akta rimba ISA mesti dimansuhkan
segera kerana ia merupakan tindakan zalim kerajaan yang
memenjarakan tahanan tanpa bicara dan peluang membela diri.
Thu, 06/04/2009 - 16:53
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh mengingatkan aktivis muslimat PAS agar mempertingkat usaha dan sumbangan memajukan PAS dalam suasana politik mutakhir ini.
Thu, 06/04/2009 - 16:22
SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh)- Tirai Muktamar Dewan
Muslimat kali ke-49 telah dibuka dengan tema `Menyemarak
Kemenangan, Menyatu Rakyat' di Dewan Bankuet, Wisma MBSA.
Thu, 06/04/2009 - 09:06
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS,
Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan kepimpinan PAS menolak
dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno.
Thu, 06/04/2009 - 06:06
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menggesa ahli
dan kepimpinan Pemuda PAS agar melihat perkembangan pesaing utama di kalangan pemuda
Pakatan Rakyat (DAPSY dan AMK) untuk memantapkan Pemuda PAS.
Thu, 06/04/2009 - 05:38
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat,
Salahuddin Ayub merumuskan dua pencapaian besar Pemuda PAS sepanjang
enam tahun di bawah teraju beliau.
Thu, 06/04/2009 - 05:31
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin
Ayub menyeru agar ahli Pemuda PAS berusaha keras bagi mempertahankan
Dun Manek Urai dalam pilihan raya kecil 14 Julai ini.
Thu, 06/04/2009 - 05:17
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
Salahuddin Ayob menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN)
menyingkirkan agama Islam dalam usaha untuk menarik sokongan bukan
Islam.
Thu, 06/04/2009 - 04:06
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat dihiasi dengan bacaan sajak daripada sasterawan tersohor, Dato' A. Samad Said atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Samad.
Thu, 06/04/2009 - 03:27
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-50 sudah membuka tirainya, kini para tetamu dan perwakilan Pemuda mula masuk ke Dewan Dato' Fadzil Noor di Taman Melewar.
Thu, 06/04/2009 - 02:58
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.
Thu, 06/04/2009 - 02:48
SUKAR untuk difikirkan bagaimana perbelanjaan modal (capital expenditure) yang asalnya dibajetkan untuk RM2 bilion akhirnya berpotensi melonjak ke paras melepasi paras RM12 bilion.