Sekali lagi rakyat Permatang Pauh berdepan dengan peperangan, Pertarungan diantara anak kelahiran permatang pauh dengan penguasa yang memukul dan menghumbannya kepenjara.
Begitu hebatnya nama Anwar Ibrahim, sehingga memaksa seramai 6,000 Polis dikerah ke Permatang Pauh bermula esok, 22 hb Ogos 2008.
Tidak diketahui, operasi dan kerahan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub [ semasa menjadi Ketua polis Terengganu, ada yang menuduh beliau mengetuai satu operasi sulit menembak menggunakan peluru hidup terhadap dua [2] orang awam di TamanAwam batu Burok, Kuala Terengganu, iaitu Suwandi dan Azman ]
Ramai tidak menjangka, P 44 Permatang Pauh, setelah 16 Ogos 2008, kini menjadi semakin sengit.
Terkini kempen di P 44 Permatang Pauh, selepas 5 hari, sudah sampai ke aras baru, yakni peringkat pakar strategi BN bertentangan pakar strategi Pakatan Rakyat.
Ya, pakar strategi BN sudah mula menyertai perlangsungan kempen di sini, berhadapan pakar strategi Pakatan Rakyat yang sudah bermula sejak awal-awal lagi.
Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.
Assalamu alaikum,,..
selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..
Kelmarin, macam kebiasaannya, kita mendengar penafian ketua pengarah BPR berhubung dakwaan ramai orang bahawa BPR bersengkongkol dengan kerajaan dalam kes rasuah yang melibatkan 2 exco Perak. Katanya lagi terserah kepada rakyat untuk menilai. Sekarang sebagai salah seorang rakyat Malaysia, ana ingin menilai tindakan BPR itu.
Mohd Najib Abdul Razak teguh di belakang Abdullah Ahmad Badawi, lantaran dia terselamat daripada serangan ramai apabila Barisan Nasional gagal menyerlah di PRU 12.
Sememangnya Abdullah Ahmad Badawi, sebagai teraju utama, semoleknya memikul tanggungjawab sepenuhnya.
Namun Mohd Najib Abdul Razak, orang nombor dua, juga teraju kempen PRU 12, sepatutnya turut bertanggungjawab, dan meletak jawatan bersama-sama Abdullah Ahmad Badawi, pada 9 Mac 2008.
Di awal bulan Julai lalu, Ezam Mohd Noor ada menyatakan dalam
ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Bagaimana Ezam boleh mendakwa awal perkara ini? Laman blog Malaysia Waves telah melapor lebih awal bahawa terdapat satu perancangan yang amat kotor akan digunakan Ezam untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Terbukti dalam minggu ini, perancangan itu telah dilakukan lebih awal memandangkan DSAI sudah semakin hampir untuk ke Parlimen. Berikut adalah laporan seorang blogger dalam blog
Malaysia Waves...
Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.
Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.
Pepatah menyebut “SEPANDAI – PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIR NYA KE TANAH JUGA”, mungkin sesuai untuk menggambarkan kegagalan komplot terbaru kerajaan umno/bn, dalam memperalatkan agensi BPR.
Oleh kerana keadaan sudah sangat terdesak, P-44 PP BN memang sudah tewas sedari awal lagi, sebelum penamaan calon, sehingga ke saat ini.
Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.
Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa negeri Sabah mundur dan ramai pemimpinnya akan menyertai pakatan pembangkang merupakan satu 'pembohongan besar'.
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan sekeras- kerasnya penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak yang disyaki terlibat rasuah mempunyai motif politik dan dirancang oleh UMNO.
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Lembaga Disiplin UMNO telah menerima 226 aduan pelanggaran tataetika berkaitan perjalanan mesyuarat cawangan bermula 17 Julai lalu sehingga semalam.
KEINGINAN untuk melihat bagaimana sejarah menilai politik dan ahli politik memerlukan kesabaran. Interpretasi ahli sejarah dan saintis sosial terhadap sesuatu insiden dan pergolakan politik yang terjadi dalam tempoh tertentu, khususnya cerita sebenar di sebalik intrik-intrik yang berlaku, selalunya perlu ditunggu selama bertahun- tahun.
SUASANA di kediaman calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah di Jalan Siakap, Seberang Jaya awal pagi semalam agak sibuk. Petugas jentera BN dilihat keluar masuk.
SHAH ALAM 21 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO mengingatkan parti pembangkang supaya tidak sesekali cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan tindakan-tindakan ganas semasa berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
SEORANG pejalan kaki di Seberang Jaya, Seberang Perai yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Haleeda, 20, tergamam apabila menerima satu risalah bersaiz A4 tertera senarai 'anggota Kabinet Malaysia 2008'.
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Ahli Puteri UMNO dinasihatkan supaya keluar secara berkumpulan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bagi menjamin keselamatan mereka.
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan semua anggota polis dan tentera sebagai pengundi biasa.
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Pakatan pembangkang mendakwa senarai Jemaah Menteri Malaysia 2008 yang menggambarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai Timbalannya, adalah propaganda pihak tertentu.