Feed aggregator

Siapa ugut bala? Kenapa perlu bersumpah?

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
Oleh S.J.

Rentetan peristiwa DSAI dituduh liwat yang tak perlu diulas lagi kerna semua sudah faham dan mengerti apa sebenarnya disebalik tuduhan bermotifkan politik ini . pedulikan BN mau mengulas apa apapun kerna itu hak dan kerja mereka . jika anda membaca agendadaily.com maka anda akan berkata bahawa PR akan runtuh kerana kes ini . dan kerana wartawan yang berkhidmat di agendadaily juga adalah spesis yang sama dengan BN maka ianya tak perlu dihairankan juga . namun kadang - kadang jelas menampakkan rendahnya integriti mereka bila menulis tanpa fakta cuma berlandaskan sumber . sumber mana ?

Categories: Politik

Mudahnya Buat Akuan Bersumpah

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
Oleh Pajarao

Saya sebagai rakyat kebanyakan Malaysia kini berasa tertanya-tanya, apakah begitu mudah membuat Akuan Bersumpah dan kemudiannya menarik balik Akuan Bersumpah yang telah saya lakukan. Sebab apa yang berlaku sehari dua ini saya terasa amat keliru. Apakah Akuan Bersumpah ini satu perakuan atau dokumen yang boleh dibuat sesuka hati dan sesedap rasa. Jika benar perkara ini terlalu longgar dari sudut undang-undang maka bukan sahaja sistem undang-undang terganggu tetapi politik negara juga mudah untuk terganggu.
Categories: Politik

Pakatan rakyat jangan hilang fokus dan "Anwarisem" atau "Anwarism

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
3 Rejab 1429 besamaan 6.07.2008. Malaysia dilanda isu liwat, tuduhan sex keatas Datuk Najib, keterlibatan isteri Najib, Rosmah dan surat perakuan sumpah Bala dan Raja Petra menjadi topik utama .

Bulan Rejab banyak kelebihannya. Jadi tepatlah kerajaan Barisan Nasional BN memutuskan satu kaedah tuduh menuduh diantara pehak Najib dan pehak Anwar tidak berlanjutan .
Categories: Politik

Pockets of "mangkar"

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
Oleh Matkeri

Maka berlompatanlah "ustadz2″ menggesa supaya Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang sedang dihadapnya sekarang. ada yang suruh junjung Qur'an, ada yag suruh dalam mesjid, ada yang suruh tengah padang, ada yang suruh buat atas mimbar!

Pendek kata, kalau Anwar buat macam depa suruh, seluruh sistem cakerawala ni akan percaya pada Anwar. Confirm Anwar difitnah. Dan confirm ada perancangan jahat. Tu lah kehendak beberapa kerat mangkar (bahasa KL untuk mangkaq) yang sekarang sedang sibuk kulu kilir menepuk meja cuba mengajar bagaimana Anwar harus bertindak sekarang.
Categories: Politik

Semua yang dituduh kena bersumpah

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
Oleh W.FAUZDIN NS

Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan cadangan agar DS Anwar bersumpah dengan menjunjung Al-Quran bagi membuktikan beliau tidak bersalah.  Bukan tidak pernah DS Anwar bersumpah.  Di dalam pertuduhan yang sama sebelum ini yang melibatkan tuduhan liwat, DS Anwar pernah bersumpah di dalam masjid di Kg Baru.  Selepas itu, apa yang terjadi.  DS Anwar terus dihina, difitnah lagi, dipukul dan akhirnya ke penjara.
Categories: Politik

Peta Ke Himpunan Protes Di Stadium Kelana Jaya 6 Julai.

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago

Jika anda tertanya-tanya dan Mencari jalan ke Himpunan PROTES Di Stadium Kelana Jaya pada 6 Julai ini. silakan copy peta ini.

Untuk yang tidak biasa dengan jalan-jalan di KL…bolehlah menggunakan LRT Putra di KL Sentral dan berhenti di Stesen LRT Kelana Jaya. Dari Stesen Kelana Jaya, ambil ‘Public Transport’ bas atau teksi untuk menuju ke Stadium Kelana Jaya.
Categories: Politik

PROTES kalah diperingkat awal??

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago

Apabila aku mendapat tahu mengenai cerita himpunan terpaksa di pindahkan ke Kelana Jaya, semangat ku untuk pergi ke himpunan PROTES semakin luntur. Rasa terkilan jugak dengan keputusan ini.

Keputusan berubah-ubah umpama jika dalam medan perang kita semakin berundur dan berundur dan berundur dan berundur. Awal-awal keputusan dulu himpunan di KLCC pada hari ini, 5 Julai 2008. Kemudian berubah di Padang Timur pada hari esok. Kemudian berubah tempat ke Stadium Kelana Jaya. Sehinggakan sukar untuk orang-orang daripada utara nak datang sebab hari tu hari bekerja. Dalam fikiran aku, demonstarasi apa buat dalam stadium. Baik buat ceramah perdana jer.
Categories: Politik

Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Esok

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
"Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Categories: Politik

Kes Anwar: Laksana hukum al-Quran bukan bersumpah dengannya

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago
Oleh Azamin Amin

Dalam tuduhan liwat yang semakin hangat diperkatakan, semua pihak disarankan melaksanakan tuntutan dan hukum al-Quran berbanding meminta mana-mana individu yang dikaitkan dengan pertuduhan itu agar bersumpah dengan kitab suci itu.

Peguam PAS Hanipa Maidin (gambar) turut membidas Pengerusi Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta Dato' Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan al-Quran tapi tidak mahu menuntut hukum al-Quran yang menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar dan menyifatkannya sebagai satu sikap yang dilihat berpura-pura.
Categories: Politik

KALAU ANWAR BERSUMPAH!!!

Tranung Kite V7 - 23 min 23 sec ago

Salam.

Selepas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta DSAI dan Saiful hendaklah bersumpah laknat, maka sehari dua ni heboh di halaman internet, blog dan media tv berkenaan perkara ini.

Tidak dinafikan, bahawa usul di atas amat baik malah TG NIk Aziz juga bersetuju.

Akan tetapi, berapa ramai yang sedar implikasi perbuatan sumpah ini?

Categories: Politik

KOnspirasi gagal- Khairy

Utusan Malaysia - 23 min 25 sec ago
POKOK SENA 4 Julai - Konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin UMNO gagal ekoran tindakan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.
Categories: Politik

Perang psikologi makan diri - Mukhriz

Utusan Malaysia - 23 min 25 sec ago
KUALA LUMPUR 4 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memberi pelbagai alasan dan mengadakan perhimpunan politik sebaliknya bersedia berhadapan dengan dakwaan terbaru kes liwat membabitkan beliau serta membuktikan sama ada ia betul atau sebaliknya.
Categories: Politik

Pemuda UMNO Kelantan sokong

Utusan Malaysia - 23 min 25 sec ago
KOTA BHARU 4 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan menyokong supaya diadakan satu perhimpunan besar-besaran bagi membantah campur tangan Amerika Syarikat (AS) serta kuasa asing lain dalam hal ehwal perundangan negara.
Categories: Politik

Jangan terpengaruh khabar angin

Utusan Malaysia - 23 min 25 sec ago
MELAKA 4 Julai - Ahli-ahli UMNO dan seluruh rakyat diminta supaya bertenang dan jangan terpengaruh dengan pelbagai khabar angin serta fitnah yang tersebar luas angkara sandiwara Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Categories: Politik

Gejala fitnah mampu gugat keamanan

Utusan Malaysia - 23 min 25 sec ago
KUALA LUMPUR 4 Julai - Gejala fitnah yang bermaharajalela dan membuka aib secara keterlaluan terhadap para pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini dilihat mampu menggugat keamanan serta kestabilan negara,
Categories: Politik

Nik Aziz setuju

Utusan Malaysia - 23 min 25 sec ago
KOTA BHARU 4 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan yang meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikaitkan dengan kes liwat supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.
Categories: Politik
Syndicate content (C01 _th3me_)